Mengenai Iltizam

Membangunkan Negara
dengan Membina
Usahawan yang Mampan

Berpandukan falsafah EKUINAS untuk “Merealisasikan Potensi”, Program ILTIZAM Catalyst menyediakan bantuan teknikal dan bimbingan secara langsung untuk perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera agar lebih berdaya saing, maju dan lestari.

Matlamat program ini ialah untuk mengukuhkan asas perniagaan dan keusahawanan, meningkatkan keupayaan perniagaan, mengatasi cabaran dan merapatkan jurang yang wujud. Ini termasuk perihal kewangan & pematuhan, penjenamaan & pemasaran digital, adaptasi teknologi, dan kepimpinan.

Kami percaya bahawa dengan ilmu, solusi dan aplikasi yang tepat, perniagaan anda boleh lebih maju dan berdaya saing.

Komited Dalam Merungkai Peluang Untuk Memajukan Perniagaan

ILTIZAM bermaksud komitmen, kehendak dan kesungguhan; Program ILTIZAM berhasrat untuk meningkatkan keupayaan masyarakat Bumiputera khususnya komuniti yang terpinggir dan yang memerlukan menerusi pembangunan Keusahawanan, Pendidikan dan Komuniti serta membuka peluang-peluang baru.

Mencapai Aspirasi Bersama Dengan ILTIZAM

Program ILTIZAM melambangkan komitmen dan kesungguhan kami dalam memberi peluang kepada individu, keluarga dan masyarakat untuk meningkatkan kecekapan mereka dan seterusnya, mencapai kejayaan yang berterusan melalui platform yang sesuai.

Program ILTIZAM Catalyst disasarkan khas kepada perusahaan kecil dan sederhana yang mempunyai potensi tinggi untuk bertambah maju. Kami membantu perusahaan-perusahaan ini dalam mengukuhkan asas perniagaan untuk mencetuskan perkembangan yang lestari.

Aliff Omar Mohamad Omar

Ketua Pegawai Eksekutif

Ekuinas

Terokai Program-Program Keusahawanan
di Bawah ILTIZAM