Kisah 
 Kejayaan
        
Program Usahawan ILTIZAM Catalyst Telah Membantu Merealisasikan Potensi Sebenar Perniagaan
        
        Sebagai pewaris generasi kedua Butik Roti Maria di Nilai, Negeri Sembilan, beliau bukan sekadar meneruskan perniagaan keluarga tetapi mewarisi legasi keluarga yang telah terbina sejak sekian lama. Bermula sebagai sebuahkedia roti kecil, Butik Roti Maria kini berkembang menjadi destinasi di tepi sungai yang menggambungkan elemen kulinari, agro-pelancongan, pendidikan serta pengalaman komuniti. Namun, disebalik keunikan dan nilai warisannya, nama Butik Roti Maria masih kurang dikenali oleh orang ramai. Dari segi pengurusan pula, perniagaan ini memerlukan asas yang lebih kukuh untuk melangkah ke fasa perkembangan seterusnya.
Penglibatan beliau dalam program ILTIZAM Catalyst telah menjadi titik perubahan penting dalam perjalanan perniagaannya. Dengan bimbingan pakar, beliau berjaya memperkukuh perancangan kewangan, melancarkan laman web rasmi, memperkemas penjenamaan, dan membina pasukan kerja yang lebih kolaboratif. “Kami menyertai program ini kerana ia memberikan ilmu sebenar, merangkumi kepimpinan, pemasaran, penjenamaan dan kewangan.” kongsi beliau. “Dengan kemahiran dan pengetahuan yang betul, kami menjadi pasukan yang lebih kuat dan perniagaan kami semakin kukuh.”
Dibina atas nilai kesabaran dan ketelitian, Roastic, dahulunya dikenali Second Cut BBQ, kini beroperasi dengan penjenamaan baharu di Batu Caves, Selangor. Dikenali dengan hidangan kambing, daging lembu dan ayam yang berkualiti tinggi serta pelbagai sajian sampingan yang mengekalkan keaslian rasa tanpa tanpa sebarang jalan pintas. Namun di sebalik kesibukan dapur yang sentiasa beroperasi, Roastic sedang melalui proses penstrukturan semula sambil berdepan keperluan operasi yang semakin meningkat seiring pertambahan pelanggan. Bagi memastikan pertumbuhan berterusan, mereka memerlukan struktur organisasi yang lebih kukuh, hala tuju yang jelas serta fokus strategi yang lebih mantap.
Penyertaan dalam program ILTIZAM Catalyst menjadi titik perubahan penting bagi Roastic. Dengan bimbingan pakar industri, Roastic berjaya memperkukuh pengurusan tenaga kerja, mereka bentuk semula menu bagi memastikan kawalan kos yang lebih efisien, serta mengemaskan perancangan kewangan. Program ini juga memperkukuh kehadiran digital mereka dengan memperhalus nada serta kedudukan jenama, menjadikan Roastic sebagai pilihan mesra komuniti yang dipercayai. Dari sudut dalaman, penggunaan alat pengurusan seperti 2x2 Prioritisation Matrix telah meningkatkan koordinasi pasukan dan sistem komunikasi, mengurangkan pembaziran, serta memperkukuh akauntabiliti. Gabungan inisiatif-inisiatif ini membolehkan Roastic bergerak dengan hala tuju yang lebih jelas, sambil menyajikan setiap hidangan dengan ketekalan dan keprihatinan yang tinggi.
        
        Astana Optometri bermula pada tahun 2016 di Paka, Terengganu sebagai pusat penjagaan penglihatan yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang kesihatan mata yang holistik menggunakan teknologi saringan dan terapi digital terkini.Namun, di sebalik keupayaan teknikalnya, perniagaan ini beroperasi tanpa asas kewangan yang kukuh. Kekurangan struktur pengurusan, pemantauan terhad serta margin keuntungan yang tidak jelas menyebabkan prestasi sebenar perniagaan sukar dikenal pasti.
Melalui ILTIZAM Catalyst, Astana Optometri berjaya membina struktur dan sistem pengurusan yang lebih tersusun, membolehkan keputusan dibuat dengan lebih yakin dan berasaskan data. Daripada perancangan kewangan yang lebih teratur kepada proses operasi yang lebih kukuh, program ini membantu membina asas yang mampan untuk pertumbuhan jangka Panjang. Hari ini, Astana Optometri beroperasi dengan kejelasan dan keyakinan untuk berkembang ke tahap seterusnya.
Brutti ialah studio perabot khas yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, terkenal dengan rekaan bergaya industri menggunakan bahan seperti kayu pain, papan lapis dan merbau. Perniagaan ini bermula daripada sebuah projek kecil yang akhirnya berkembang menjadi operasi berskala penuh. Namun demikian, dengan kos tidak jelas dan harga yang tidak konsisten, mereka tanpa sedar mengalami kerugian. Tanpa sistem yang tersusun, perniagaan tidak dapat berkembang dengan stabil.
Melalui program ILTIZAM Catalyst, Brutti memperoleh panduan dan kejelasan yang diperlukan untuk memperkukuh asas perniagaan. Mereka menambah baik strategi penetapan harga, memperkemas aliran tunai dan meningkatkan disiplin kewangan. Penjenamaan semula yang lebih strategik serta kandungan digital yang lebih tersusun khususnya di TikTok berjaya memperluas jangkauan dan meningkatkan kesedaran jenama. Dari sudut dalaman, aliran kerja yang lebih sistematik dan budaya akauntabiliti yang lebih kukuh telah menjadikan operasi lebih efisien. Dengan sistem yang mantap dan hala tuju yang jelas, Brutti kini bersedia melangkah ke fasa pertumbuhan yang lebih kreatif dan mampan.
        
        Dahulunya dikenali sebagai Klinik Rakan Medik, Klinik Allevia ialah klinik 24 jam milik Habib Bakri Healthcare yang menawarkan perkhidmatan perubatan am dan pembedahan kecil, dengan kepakaran dalam rawatan kecemasan, penjagaan luka, kehamilan, pediatrik dan penjagaan kesihatan pekerjaan. Klinik Allevia menyertai program ILTIZAM Catalyst pada tahun 2022 setelah menyedari pengurusan perniagaan mereka perlu dikembang dan diperkukuhkan.
“Program ILTIZAM Catalyst memberi kami ilmu dan panduan yang sangat bernilai tentang pengurusan perniagaan yang berkesan. Sebagai doktor, kami sering terlalu fokus kepada operasi harian dan rawatan pesakit sehingga terlepas pandang kepentingan pengurusan perniagaan yang tersusun. Melalui program ini, kami sedar bahawa pengurusan yang baik merupakan kunci utama untuk memastikan klinik terus berkembang dan kekal mampan,” kongsi Dr. Habib Bakri, pemilik Klinik Allevia.
Bermula dalam bidang perubatan, pasukan pengurusan di Klinik turut menyedari kekurangan dalam kemahiran kreatif dan strategik. Sokongan yang diberikan melalui program ini dalam aspek penjenamaan dan automasi digital memberikan impak yang ketara. Dengan ilmu dan panduan yang diperoleh, mereka berjaya mengautomasikan proses klinik serta menjenamakan semula nama klinik daripada Klinik Rakan Medik kepada Klinik Allevia.
Kini, dengan semangat baharu dan sistem pengurusan yang lebih tersusun, Klinik Allevia yakin mereka akan terus berkembang dengan pelbagai penambahbaikan berterusan.
POYA ialah jenama fesyen tempatan yang mengetengahkan rekaan baju kurung dan pakaian tradisional Melayu klasik dengan sentuhan moden. Dalam usaha mengembangkan perniagaan, mereka menyedari untuk mendapatkan sokongan strategik yang lebih mendalam untuk mengembang dan memperluas kehadiran jenama.
ILTIZAM Catalyst menjadi platform penting yang menyediakan panduan berstruktur serta bimbingan praktikal yang unik dan berbeza diperoleh daripada program lain. “Sejauh pengalaman kami, tiada program lain yang menawarkan sistem sokongan yang sangat komprehensif,” kongsi mereka. Melalui tumpuan terhadap penjenamaan, pemasaran digital, kewangan dan strategi perniagaan, program ini membantu POYA mengenal pasti jurang utama, menajamkan fokus serta memperkukuh asas operasi. Dengan bimbingan pakar dan hala tuju yang lebih jelas, mereka kini lebih bersedia untuk berkembang secara mampan.