ILTIZAM Catalyst
ILTIZAM Catalyst 2027

Kembangkan Perniagaan
Dengan Lebih Berkesan


Permohonan kini ditutup dan
akan dibuka semula pada
1 November 2026.

Daftarkan Minat Anda

Membangunkan Negara dengan Membina Usahawan yang Mampan

ILTIZAM bermaksud komitmen, keazaman dan kesungguhan dalam Bahasa Malaysia. Itulah nilai teras yang membentuk usaha kami untuk mencipta impak yang bermakna dalam komuniti. Sebagai lengan Tanggungjawab Sosial Korporat Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), ILTIZAM menyokong komuniti Bumiputera dan golongan yang kurang terbela melalui program yang direka untuk memperkasakan individu, perniagaan dan komuniti bagi merealisasikan potensi mereka.

Berpandukan falsafah Ekuinas untuk “Merealisasikan Potensi”, ILTIZAM Catalyst menyediakan bantuan teknikal secara langsung bagi membantu perniagaan kecil Bumiputera mengukuhkan keupayaan mereka dan membina pertumbuhan yang mampan.

Melalui program ini, kami membantu anda mengenal pasti dan merapatkan jurang perniagaan, mengatasi kekangan serta mengukuhkan bidang utama, termasuk kewangan dan pematuhan, penjenamaan dan pemasaran digital, adaptasi teknologi, dan kepimpinan.

Kami percaya bahawa dengan ilmu dan alat yang tepat, anda boleh mencapai lebih banyak untuk perniagaan anda.

Sorotan program ILTIZAM Catalyst

Rangkaian Alumni ILTIZAM Catalyst

(2022 – 2024)

Rangkaian Alumni ILTIZAM Catalyst di seluruh Malaysia

Bersama kita membina rangkaian PKS Bumiputera di seluruh negara melalui sokongan pembangunan keupayaan untuk memacu pertumbuhan perniagaan.