Soalan Lazim

Soalan
Lazim

Anda Mungkin Tertanya-Tanya…

ILTIZAM Catalyst ialah program di bawah Program Keusahawanan ILTIZAM yang menyediakan bantuan secara langsung dan praktikal melalui perunding-perunding teknikal yang berkelayakan untuk membantu menangani keperluan dalam perniagaan serta membina kapasiti pertumbuhan yang mampan.

ILTIZAM Catalyst terbuka kepada semua perniagaan Bumiputera dengan hasil tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta, mempunyai rekod perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun, berdaftar di Malaysia, dan memenuhi kriteria kelayakan.

Antara cabaran-cabaran perniagaan yang boleh dibantu oleh ILTIZAM Catalyst termasuk:

KEWANGAN DAN PEMATUHAN

  • Kekangan dalam penyediaan dan pemahaman penyata-penyata kewangan
  • Kelemahan dalam perancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang
  • Cabaran dalam menganalisis penyata-penyata kewangan dan memantau metrik kewangan utama

PENJENAMAAN DAN PEMASARAN DIGITAL

  • Garis panduan jenama yang tidak jelas dan tidak konsisten
  • Strategi pemasaran yang kurang berkesan
  • Pengetahuan terhad tentang pilihan dan keinginan pelanggan

ADAPTASI TEKNOLOGI

  • Penggunaan terhad peranti dan sarana digital dalam menyokong operasi perniagaan
  • Laman web yang kurang efektif atau peluang untuk menambah baik laman web sedia ada

KEPIMPINAN

  • Kelemahan visi dan hala tuju peribadi terhadap perniagaan
  • Kelemahan dalam mentaliti pertumbuhan
  • Kurang keyakinan untuk menerima pakai inovasi
  • Kesukaran dalam membahagi tugas

Anda akan menerima bantuan teknikal dan praktikal dalam bidang teras perniagaan bagi mengukuhkan asas perniagaan untuk pertumbuhan dan kemajuan.

  • Bantuan tunai tidak disediakan.

Berikut ialah bantuan khusus bagi setiap kategori:

Teras 1: Kewangan dan Pematuhan

  • Penyediaan penyata-penyata kewangan (jika diperlukan)
  • Analisis penyata kewangan, termasuk penyediaan dan perancangan cukai
  • Pembangunan pelan strategik perniagaan
  • Khidmat nasihat Risiko & Pematuhan (peraturan perniagaan, pematuhan cukai, pelesenan, penubuhan syarikat dan pembiayaan)

Teras 2: Penjenamaan dan Pemasaran Digital

  • Audit jenama dan pemasaran
  • Pembangunan dan penyemakan strategi serta pelan pemasaran (segmentasi, kedudukan pasaran dan pasaran sasaran)
  • Penyediaan garis panduan dan strategi jenama
  • Penyediaan templat reka bentuk untuk pemasaran digital
  • Penyediaan templat kandungan untuk kalendar
  • Pembangunan atau penyemakan strategi pemasaran digital
  • Pelaksanaan pembelian media

Teras 3: Adaptasi Teknologi

  • Pembangunan laman web dan penyediaan platform (jika diperlukan)

Teras 4: Kepimpinan

  • Mentaliti Pertumbuhan & Pemikiran Strategik: Sokongan strategi dan transformasi perniagaan menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk dan metodologi yang fleksibel
  • Bimbingan Rakan Sebaya: Platform rangkaian untuk perkongsian dan nasihat rakan sebaya
  • Kepimpinan Berkesan: Penglibatan bersama pemimpin industri dan pemilik perniagaan yang berjaya

Kriteria kelayakan ILTIZAM Catalyst adalah seperti berikut:

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pegangan saham Bumiputera
  • Mempunyai hasil tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta dengan rekod kewangan sekurang-kurangnya dua (2) tahun kewangan
  • Perniagaan mencatatkan keuntungan dalam dua (2) tahun kewangan terakhir
  • Perniagaan berkredibiliti serta mempunyai keperluan untuk menyertai program ini
  • Komited sepenuhnya untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kriteria Kelayakan dengan klik di sini.

Tiada dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan awal. Sekiranya anda berjaya ke peringkat seterusnya dalam proses permohonan, anda mungkin diminta untuk mengemukakan dokumen berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat
  • Kad Pengenalan Pemilik
  • Penyata-penyata Kewangan
  • Butiran Pemegang Saham
  • Rekod Slip Gaji
  • Anda boleh memohon dengan klik di sini
  • Lengkapkan borang permohonan dalam talian dengan maklumat yang diperlukan
  • Hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup

Tarikh tutup permohonan ialah 15 Disember 2026.

Tempoh permohonan dibuka dari 1 November 2026 hingga 15 Disember 2026.

Anda akan menyertai landasan kemajuan dan kelompok rangkaian keusahawanan Ekuinas.

Rangkaian & Bimbingan

Anda berpeluang berhubungan dengan alumni Program Keusahawanan ILTIZAM serta syarikat-syarikat portfolio Ekuinas.

Membuka Peluang Pembiayaan

Kami akan menilai kedudukan kewangan anda dan menyediakan syarikat anda untuk meneroka peluang-peluang pembiayaan.

Pelbagai perniagaan telah menyertai Program ILTIZAM Catalyst, termasuk Wau Tradisi, POYA, MummyRQ, Kiddie Care Therapy Centre, Pagi Pagi Place, Jazro Robotic Academy, Windrunner Asia dan banyak lagi.

Dapatkan inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan alumni ILTIZAM Catalyst di sini.

Tidak, penyertaan adalah percuma! Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan atau penyertaan dalam program ini kerana ditaja sepenuhnya oleh Ekuinas.

Sudah tentu! Kami mengalu-alukan permohonan dari semua negeri serata Malaysia.

Sudah pasti! Jadual program disusun untuk menyokong usahawan yang sedang menjalankan perniagaan secara aktif.

Walaupun terdapat aktiviti tertentu yang memerlukan kehadiran secara bersemuka, sesetengah perbincangan dan mesyuarat bersama perunding-perunding teknikal boleh dijalankan secara dalam talian sekiranya diperlukan. Jadual penuh akan diberikan lebih awal bagi membantu anda merancang masa dan komitmen anda.

Program ini akan berlangsung selama 6 bulan.