Kriteria
Kelayakan

Kami Memahami Masalah & Cabaran Perniagaan Anda

Kemahiran kewangan dan perakaunan yang terhad
Tidak jelas dengan hala tuju perniagaan
Strategi penjenamaan yang kurang berkesan
Kesukaran dalam mencapai pelanggan sasaran
Kewujudan perniagaan dalam talian yang terhad
Kekurangan bimbingan / mentor / kemahiran kepimpinan

Program ILTIZAM Catalyst ada penyelesaian untuk anda!

Semak Kriteria Kelayakan Kami

Program ILTIZAM Catalyst mungkin sesuai untuk perniagaan anda

  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    • Sijil Pendaftaran Syarikat*

    • Maklumat SSM Terkini Pemilik Perniagaan*

  • Perniagaan mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 sehingga RM1 juta selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun kewangan

    Penyata Kewangan bagi Tahun 2024 & 2023 (iaitu Penyata Untung Rugi, Kunci KiraKira dan Penyata Aliran Tunai)* – sila kemukakan akaun draft/pengurusan sekiranya versi audit belum sedia

  • Memaparkan kelayakan dan sebab untuk menyertai program ini

    Profil syarikat (rumusan jenis perniagaan anda dalam apa-apa bentuk seperti / akaun Instagram / eDagang / laman web dan lain-lain)

  • Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Bumiputera

    Maklumat pemegang saham*

  • Perniagaan mempunyai keuntungan dalam dua (2) tahun kewangan terakhir

    Penyata Kewangan bagi Tahun 2024 & 2023 (iaitu Penyata Untung Rugi, Kunci KiraKira dan Penyata Aliran Tunai)* – sila kemukakan akaun draft/pengurusan sekiranya versi audit belum sedia

  • Komitmen untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst

    Tiga (3) orang wakil untuk menyertai program ini, tetapi hanya dua (2) wakil diperlukan pada setiap masa sepanjang program (pemilik & kakitangan pengurusan yang utama)*

*Wajib untuk permohonan program

Manfaat dan Peluang Yang Boleh Dijangka Melalui Penyertaan Program ILTIZAM Catalyst

Objektif

Memacu pertumbuhan dan kemajuan perniagaan PKS Bumiputera

ILTIZAM Catalyst menyediakan bimbingan teknikal secara langsung dan praktikal kepada perniagaan PKS Bumiputera bagi mengukuhkan keupayaan dan merancang pertumbuhan perniagaan yang mampan. Matlamat program ini ialah untuk membantu mengenal pasti dan merapatkan jurang perniagaan, mengatasi kekangan serta mengukuhkan teras perniagaan melalui bantuan seperti berikut:

KEWANGAN DAN PEMATUHAN

Memperbaik pengurusan kewangan dan pematuhan perniagaan Bumiputera mengikut standard tadbir urus dan piawaian industri.

  • Analisis penyata kewangan
  • Semakan kesediaan e-invois
  • Nasihat risiko dan pematuhan
  • Semakan cukai dan penilaian
  • Pelan bisnes dan strategi
    • Strategi
    • Pengurusan Kewangan
    • Pemasaran
    • Lain-lain
  • Kesediaan mengumpul dana

PEMASARAN

Meningkatkan kesedaran dan keterlihatan jenama melalui strategi pemasaran digital yang berkesan.

P1: Strategi Pemasaran

  • Segmentasi, Penyasaran dan Penentuan Kedudukan
  • Produk, Harga, Tempat, Promosi
  • Pelan Pemasaran Digital

P2: Pelaksanaan Pemasaran Digital

  • Pembelian Media
  • Pemasaran Berprestasi
  • Kalendar Kandungan dan Templat Reka Bentuk Digital
  • SEO
  • e-Dagang

PENDIGITALAN DAN PENERAPAN TEKNOLOGI

Mengaplikasi teknologi pendigitalan untuk menambah baik proses perniagaan dan meningkatkan tahap daya saing.

  • Pembangunan Laman Sesawang

KEPIMPINAN

Membangunkan kemahiran dan strategi kepimpinan yang berkesan bagi mendorong kemajuan perniagaan.

  • Latihan Kepimpinan
    • Mentaliti keusahawanan, reka bentuk, strategik, komunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran pembentangan, rangkaian sosial
  • Sesi Bimbingan
    • 6-8 kali
  • Rangkaian Sosial / Khidmat Nasihat

Aliran Proses Program ILTIZAM Catalyst

Program ILTIZAM Catalyst Terbuka Kepada Semua Sektor Perniagaan*